31.12.10

usahalah semampumu..!!

bismillahirrahmanirrahim..

assalamu'alaikum...
 
alhamdulillah,cuti sem kali ini hampir berlalu pergi meninggalkan diri ini...mase berlalu begitu pantas..bergitulah lumrah kehidupan..siling berganti,datang dan pergi...pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru 1432h bersamaan 2011...apa yang dah aku sumbangkan utk islam sepanjang thn ini??apa yang aku buat??adakah segala amalan aku diterima Allah??masyaAllah..!!takutnya..ya Allah ampunilah dosa hambamu ini..
 
sempena tahun baru 1432h ni, aku kena mulakan hidup baru..aku kena berubah utk jadi lbh baik dari thn lps...buka sem baru ni juga akan kena study betol2,xleh main2..aku kena berubah..!!aku kena usaha utk gembirakan hati mak n abah..aku perlu lbh bersemangat..aku xleh pandang belakang lagi..aku x boleh terus berduka..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnyakan?hanya DIA yg lbh mengetahui perihal hamba2nya..walau apapun kita perlu teruskan kehidupan ini...!!dan jangan lupa perlu sentiasa berdoa padaNYA sbb doa itu senjata org beriman...dia pasti mendgr..cuma cpt @ lambat tapi dia past beri..yakinlah wahai diri!!hanya DIA yg boleh bantu kita...aku perlu lbh berusaha utk mencapai matlamat hidup aku!!aku nk jadi ank yg solehah n dapt memberi manfaat pada org..ya Allah,bantulah hambamu ini..xkan mampu aku mencapainya tanpa bantuan dariMU ya Rabb..
 
 
 

"..cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami  dan Dia sebaik-baik pelindung.." (ali-imran 173)

"...  tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu dan  Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "(QS. AlBaqarah: 216)

sentiasa fokus dlm klz..hihi

p/s : teruskan berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir!!takbir..
           doa,usaha,iktiar,tawakal..

29.12.10

aktiviti cuti aku..

bismillahirrahmanirrahim..

assalamu'alaikum...

 Bertemu lagi dlm article yg seterusnya...post kali ni xde apa pon yg menarik tapi saje je nk kongsi kat cni...bagi aku seronok bila banyak aktiviti leh aku wat sepanjang cuti sem ni...1 bln lebeh cuti..rase cm lama tapi rse kejap pon ada..apapon aku puas!!..cam2 aku buat..nk taw??jom ikut....huhuhu...wat hilang tension aku ni...wat mase ni hati aku rase gelisah..mood xberapa elok...!!




28 nov 10,tanpa disangka kawan2 plan  wat reunion kali pertama budak2 sekolah rendah aku...skjb20...huhu..xsangka..walupon xramai dak perempuan yg join tapi yg ada ttp meriah...rase cam zaman sekolah pula..huhu...semua org da besar2 tapi aku still kecik jugak..huhu..cuma gemuk jer...dah leh jadi mak bapak org aku tgk dorg...tapi nk tw??ada jer kawan2 aku yg da jadi mak bapak owg...xjemput aku pon...hihi..yela sape aku..dlu kat sek pon ada bkn jenis ske layan org..huhu...ada sorng kawan aku 2 sampai x knl aku..whatever la..tapi aku boleh cam la muka2 dorang lg walupon da berubah..huhu..tapi bdk perempuan still comey2...tapi alhamdulillah majority kawan2 aku semua still belajar lg...teruskan perjuangan kita!!thanks korang..klu ada leh jemput lagi...



30 nov 10, aku g kuar ngan kawn bek aku seperti mana yg penah aku cite kat post sblm ni...seronok!!


tapi kebanyakan cuti aku habiskan kat teratak ayah bonda ni jer..tgk tv..aku ske layan kartun ler...huhu..kekdg ada gak dgr ceramah2..seronok...cuti ni gak aku cuba habiskan buku2 ilmiah yg ada..seronok tw lau dpt tw cm2 cerita/kisah..lg2 yang ada kaitan ngan hidup kita ni..aku ni jenis xleh simpan cerita..xsabar nk citer kat owg..tapi ada ke yg sudi nk dgr??yg selalu jd mngsa akk aku ler...aku cite cerita aku,die dgn cerita die..seronok taw...aku suke citer ngan die coz ktorg ada minat yg same...bkn senang nk cari...kkdg ada gak on9 tapi rase bosan pon ada..so kejap jer buka...sori kawan!!cuti ni gak seperti biasa aku kena belajar jadi suri rumah ler esp masak!!x mahir2...aku suke jer nk masak tp xsuke bila kena masak gne minyak!!mesti terpercik..huhu...lau ada minyak mmg berperang la aku at dapur 2...mcm2 cara aku buat...maaf mak..!!


15 n 16 nov 10,abg aku ajak jenjalan kat seremban coz  ada kerja yg perlu diselesaikan..aku n akk aku pon ikut ler memandangkan xde wat apa kat rumah..seronok la gak dapat jenjalan kat cna..tapi sebenarnya same jer tmpatnya cuma nama tempat jer berbeza..xpela asalkan dapat jalan..aku ni mmg kaki jalan..tapi insyaAllah tempat baik2 la...hihihi..tapi skrg ni abg aku tgh mood pula ngan ktorng...rase bersalah sgt..igt cuti2 ni xnk la wat org mara ke terasa hati ke..xtw pula sampai cmni jadinya..da brp hari die senyap jer...xsedap ati pula...ktorg cuba jer nk berdamai..ssh ke nk maafkan ktorg??besar sgt ke salah ktorg..ktorg tw abg da byk tolong ktorg,abg,maafkan lah ktorg...jgnlah wat ktorg macam ni...plzzzzzzzz!!



16 nov 10, akk aku yang 1st ajak g petrosains kat KLCC 2...ktorang pon teman la...die bawak anak2 die...dah lama x gi ci2..lau xclap aku g time aku sek rendah..brp thn da.. tapi sekarang mmg da cantik..mcm2 ada tw...siap ada apa 2??grondola??cmne tah nk eje..huhu..tapi senang la x yah jalan tapi kejap jer..sambil2 jalan 2 ada la org bercerita...sampai kat 1 destinasi 2 kita kena jalan n then leh cuba benda2 kat c2..semuanya berkaitan sains..petrosains ler katakan..tapi mmg besh la...nk cuba semua mmg xlarat la..pastu ada pula contoh planta minyak...cheh!!rase cm betol2 ada kat cna..huhu...

roda gergasi













23 nov 10, sekali lagi kawan aku ajak aku kuar.aku pon join la..lama xjmpa...saje nk jmpa sblm balik kampus..ikut dorang main bowling, snuker, bola keranjang...huhu..xde keje...sume bnda yg ada ktorg main...x rancang pon..sbnrnya nk men bowling jer,sblm balik 2 ternmpak pula snuker at tepi 2..saje kate nk men,kawan aku pon g daftar.men jer la walupon xreti..entah apa aku tembak...msk la juga..huhu..entah pape..men bowling pon kalah..seri ngan kawan aku...ala men suke2 jer...thank korng bawk aku jalan2..


bowling


bola keranjang


snuker

cuti2 ni juga akk aku bawak aku jalan2 nek motor...motor baru ler katakan..aku pon ikut jer!!huhu...tempat y selalu ktorg g pantai ler...walupon xde apa pon y menarik tapi ktorg mmg ske g sane..saje tgk keindahan ciptaan Allah ni...lama xg,dah cantik pantai 2..nmpak bersih cikit...tapi batu2 y kat gigi pantai 2 da xde...xleh nk duduk2 kat c2..sedih gak..selain 2 g jalan2 kat pasar kampong org..huhu..apa salahnye kan??tapi tw x?/bila ktorg dtg mesti org pelik sbb katanya jauh benor jalannya..huhu..da biasa ngan ayat 2..apa pon sebenarnya saje nk jalan2...pekan aku ni pon bkn besar mane pon...so,kena la merantau kat kg org..bak kata pepatah..jauh perjalann luas pemandanga..hihi..apa pon thank kat didie coz suke bwak aku jalan2...hihi...

ok ler samapi sini dlu post aku utk kali ni,salah silap harap dimaafin..wassalam...
















11.12.10

Fadhilat beristighfar: zikir dan selawat

Fadhilat beristighfar:a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAWmenganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita. .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"Fadilat Selawat "

- untuk renungan
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.

"Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

  Fadilat zikir
# Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
# Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
# Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.
# Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
# Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah.
# Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti.
# Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka.
# Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
# Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita.
# Dapat menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati.
# Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.
# Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan maksiat kecil.

Fadilat selawat
# Rasulullah SAW akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada umatnya ke atas Baginda.
# Allah akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya.
# Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat.
# Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah.
# Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat.
# Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat.
# Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
# Allah akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui.wallahu''alam.

dipetik dr : http://ms.shvoong.com/books

p/s : mari sama2 kita memperbanyakkan istigfar, zikir dan selawat...moga beroleh  manfaat..!!haya..haya..

9.12.10

Bukan Untuk Orang MALAS !

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah
hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk
meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang
cepat mengalah,
-yang
meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya
pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu
compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang
ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang
tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang
tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju
. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh
.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang
hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika
, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

keluarlah dari zon selesa, masukkan diri ke dalam medan jihad kita.
berhentilah menangis, dan teruskan langkah, tidak ada yang akan menunggu kita jika kita terlewat.

p/s : mari sama2 kita renung ke dalam diri kita..!!

5.12.10

tEriMa KaSiH sEMua...!!



bismillahirrahmanirrahim....


assalamu'alaikum...tanggal 4 disember 2010 bersamaan 28 zulhijjah 1431h genap la usia aku 19 thn...semua org da hampir ke angka 20...tapi aku??ehehe..masih muda remaja...muda ke?klu ikut tarikh islam mesti usia aku da lanjut kan...teringat 1 pesanan tentang umur ni..jom kita hayati bersama...

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang
panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah
orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" (Ahmad dan al-Hakim)


so,gunakanlah umur yang Allah beri ini dengan sebaik-baiknya wahai diri yg selalu lalai n leka...dekatkanlah dirimu kpd Allah walau dimana pun berada...Ingat, umur itu amanah dan akn ditanya kemana ia dgunakan..!syukurlah nikmat umur dgn kebaikan..gunakanla umur kita ini dgn sebaik-baiknya..lakukanla seberapa banyak kebaikan dan jangan sesekali menghampiri kejahatan, apatah lagi melakukannya...sama2lah kita perbaiki diri ini dari hari ke hari...dalam sibuk melayari hidup ini, teringat kata2 yg tercatit dalam sebuah majalah solusi isu 24...menarik isi kandungannya...jom kita hayati..buatkan diri ini berfikir...!!

"setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, ucapan sewajarnya bukanlah 'selamat panjang umur' tetapi 'selamat pendek umur'. hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lg. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Maknanya semakin hari, semakin pendek umur kita. Ya hari ini setapak lagi kita menghampiri tarikh kematian kita"...

Di kesempatan ini, aku nak ucap jazakillah kat semua sahabat2 yang mendoakan aku...terima kasih semua..may Allah bless all of you...terima kasih juga kerana masih ingat kat diri yang kerdil ini....terima kasih kat yong,akak,ikin,didie,ain,akma,salmah,ema,kak ayu,hazirah,fatikha,syira,teha,mai,ummu,kak azi,kak najla,kak azizah,kak sarah,kak nadia,kak ana,kak izza,kak fiqa,ayeshah,fatin,jue,azira,ainz dan semua kawan2 kat fb...sayang kalian semua...moga Allah meredhai ukhwah kita...terima kasih juga kat aman n afan buat acik terharu dgn kata2 selamt dari mulut mulus kalian berdua...

seterusnya syukran kat ikin sebab hadiahkan aku buku yng comel ni.."sirah sayyidatina AISYAH ummul mukminin" semoga diri ini dapat mencontohi keperibadian ummul mukminin ini...sepertimana indahnya nama yang dimiliki...x sabar rasenya utk membaca buku ini tapi buat mase ini aku tgh habiskan 1 buku yg bertajuk 'apa ertinya saya menganut islam'..insyaAllah lps habis buku 2 aku akan smbung utk baca buku ni...moga Allah permudahkan segala urusan..amin...jazakillah juga kat ayeshah kembar aku yg berada di bumi anbia' sbb bagi lagu 'selamat hari lahir' by saujana...terharu sgt...suke dgr....sanah helwah juga kat die yang menyambut hari lahirnya pd 5 disember...moga persahabatn kita kekal selamanya walaupon dirimu berada jauh di perantauan...



p/s : hargailah umur yang Allah beri pinjam kpd kita ini....bila2 masa kita akn dikembalikan kpdNYA...

4.12.10

Maher Zain - The Chosen One | ماهر زين - المختار


Maher Zain - The Chosen One
Lyrics: The chosen one


In a time of darkness and green
It is your light that we need
You came to teach us how to live

Mohammed ya rasool Allah
Choras

You were so caring and kind
You're so wise full of light
You are the best of mankind



Mohammed khairo khalq illah
Salu ala rasool ellah
Habibi el mostafa
Peace be upon the messenger the chosen one
Choras

From love you returned away
In all nigh you would pray
Truthful in every word you say

Mohammed ya rasool Allah
Choras

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by no one
You are Allah chosen one

Mohammed khairo khalq illah
Salu ala rasool ellah
Habibi el mostafa
Peace be upon the messenger the chosen one
Choras

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

Salu ala rasool ellah x3
Habibi el mostafa x2
Peace be upon the messenger the chosen one x3
Choras

p/s : sama2 la kita mencontohi akhlak nabi s.a.w...

2.12.10

TALQIN YANG MENGGERUNKAN..

bismillahirrahmanirrahim...

jom sama-sama kita hayati talqin ini...

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati
kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”


dipetik dari :
kasihkuhanyauntukislam.blogspot.com

sehari bersama 'dia'

bismillahirrahmanirrahim...

assalamu'alaikum...bertemu lagi dalam ruangan kita utk kali ini...lama da nk tulis tapi asyik tertangguh je,  baru hari ni dpt duk dpn laptop ni...alhamdulillah hari tu dapatlah aq kuar jalan2 setelah beberapa minggu melayari cuti sem nie dgn duk kat rmh layan kartun....terbuka sikit minda aku dapat kuar tengok pemandangan yang lebih luas...hihihi...terima kasihlah kat ain sebab bawak aku kuar jalan2...1st time kita dapt kuar jauh same2...huhu..sedih je bunyi...walaupon kita berdua je setelah kawan2 yang lain x dpat join coz ada hal2 yang x dpt dielakkn tapi suasana tetap ceria...harap lps ni dorang dpt join ktorang...mesti akan jadi lbh meriahkan??oklah nk mulakan cite nie...

    pagi 2 aku terlambat pula sampai kat rumah ain,sian ain kena tunggu lama...maaf ain...lain kali aku cuba datang awal...insyaAllah...ok pastu ktorg teruskan misi yang seterusnya menuju ke taman tasik shah alam...parking jauh skit dr tasek 2,then kena lintas jalan nk smpai tasek 2..huhu..tp xpe..sekali-sekala jalan2 kat shah alam 2kan...bukan selalu pon..smpai kat tasek 2, ktorg pon g la jalan2 kat tasek 2...mgkn bagi yang da biasa pergi, rase xde pe pon yang menarik kat situ tapi saje la ktorg nk santai2 kat tasek 2...hihi...pastu ktorg pon cari la satu tempat utk duduk sembang2 sambil makan apa2 yang patut...sory ain dapat bagi makan sotong kering jer...lain kali kita bwk bekal ek...lalala...sambil duduk2 ada lah sembang2 pasal remaja zaman skrg...sedih je rase...sesekali dpt sembang2 benda ni seronok gak,dapat juga muhasabah diri yang kurang ni...sebelum balik, sempat gak ktorg main permainan kanak2 2..huhu..dah lama x main..teringin gak...dapat la rase duduk atas buaian besi 2 walupon rase cam nk tercabut je bila ktorg naik...hahah..yela org tua naik mmg la nk tercabut...tua??eh belum lg...kui3...tw x??sebelum balik nmpak la ada beberapa student uitm pakai jubah konvo, xsabar pula rase nk pakai baju 2..huhuhu...ok, xpe...nk teruskan misi yang seterusnya..jom...


     misi yang seterusnya nk g main bowling..kat mane??plaza alam sentral...tapi??xigt jalan, xpe g tanya kat kaunter bayar parking...seb baik uncle 2 baik kan ain??rupa2nya ada kat situ2 jugak...huhu..almaklumla sekali sekala datang kan...jalan punya jalan akhirnya jmpa gak pusat bowling 2 tapi sblm main g solat dlu...kang da main2 sampai kul berapa...ok...lps 2 ktorg terus g main...masuk je rehat jap coz terasa penat pula jln cari air..haus...pas2 terus daftar main...mase pilih kasut, dpt la saiz 3...3??keciknya...huhu..tapi sebenarnya terseksa kaki aku dlm kasut 2..kesian die x bernafas kot..!maafkan aku...td da ambik saiz 4 tp longgar la..kang x pasal2 ngan kasut2 2 masuk dlm longkang 2..huhuhu...1st time aku main benda ni..seronok gak walaupon aku xreti main pon,,main baling je ikut sedap aku taw...aku xkisah janji pin2 2 jatuh kan??hihi..sbb bola 2 berat, x larat aku nk angkat....main punya main da kul 3 lbh..so,apa lagi nk beredar dah...puas la jugak...thanks kawan...



        misi seterusnya nk makan...sblm mkn g kedai aksesori wanita jap..niat dihati nak cari something yang leh buat cenderamata tapi rase cm x berkenan je...tapi xpela ada la jumpa something y menarik la jugak pada pandangan aku...sory ain 2 je yang ada..simpan baik2 ye ain..buat kenangan kita..ingatkan nk beli 3 je...last2 die kata 5 rm10...terpaksa la ambik lg...xpela boleh bg kwn2 y lain kan...??tapi die chomel sgt taw...cute.!!eh,da tersasar jauh pula...nk cite pasal mkn td...tw x??jln punya jln..x tahu nk mkn kat mane...last2 makan makann segera je la...hurm..ehehe...berselera aku tgk kwn aku mkn...masa mkn 2 ada org jual cd surah2 amalan yang disampaikan oleh fakhrul radhi, juara akademi al-quran musim ke3..jgn beli je,jgn lupa amalan kan..insyaAllah..moga m'dpt manfaat..lps mkn sempat la aku beli roti utk bwk balik utk org rmh...ehehe...ain,sedap x kek 2??lau x sedap sory ek?hihi...



       ok la dah penat jalan2 ktorg ambik keputusan utk balik..lagipon da ptg nanti jln jem pula..al maklumla time org balik keje kan...tp alhamdulillah jln ok je ptg 2...terima kasih jugak kat ain sebab anta aku sampai dpn rumah nie...maaf jugak lau da susah kan kau...tp aku hargai sgt coz da bwk aku jalan2 hari tu...thankz kawan..!!ok la sampai sini je cite aku kali ni...ada mase kita jmpa lg ek..wassalam..


  p/s    ;aku memang suke g jalan2 nie..terbuka sikit minda ni...aku juga  suka sukan, klu ada kawan2 yang ada minat sama ngan aku kan besh..!!

26.11.10

Muliakah kamu wahai orang yang ditarbiyyah?





'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.

'Ada sesiapa yang boleh jawab?'

Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.

'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?'

Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.

Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'

'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.

Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?'

'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.

'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.

Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.

'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.

Keadaan sepi sebentar.

'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.

'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah'

'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini?  Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'

Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.

'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.

'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'

Mereka menggangguk.

'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.

'Antum faham tak maksud ana?'

"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.

'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.

'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'

'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.

'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'. 

'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.

'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.

Subhanallah.

'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'

Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.

'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.

'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.

'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.

Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."

***
Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan.

Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.

Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.

Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.

Artikel ini untuk diri saya. Agar saya mampu bermuhasabah diri. 
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah..


dipetik dari : iqbalsyarie.blogspot.com


p/s : sama-samalah kita muhasabah diri ini...!!